PROSES DISINFEKSI DI BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 30 NOVEMBER 2020 – Parlimen Malaysia telah menjalankan proses disinfeksi secara harian bagi mengikuti Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penularan wabak COVID19. Proses ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua Ahli Parlimen serta kakitangan Parlimen Malaysia semasa persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14. Pelaksanaan proses ini dilakukan pada waktu malam apabila sesi persidangan dan perbahasan telah tamat.

Kerja disenfeksi dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat JBPM daripada Balai Bomba Jalan Tun Razak dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Khidmat Pengurusan Parlimen Malaysia.

Selain dari proses disinfeksi secara berjadual, Parlimen Malaysia juga telah menetapkan ujian saringan COVID-19 dilaksanakan setiap 2 minggu bagi Ahli Parlimen dan semua petugas yang bertugas. Di samping itu, Ahli Parlimen juga diberi peringatan bahawa mereka perlu patuh kepada SOP lain yang telah ditetapkan seperti pemakaian pelitup separuh muka, penggunaan cecair pembasmi kuman dan penjarakan sosial satu meter di tempat duduk semasa sesi persidangan berlangsung untuk membendung penularan COVID -19. --PARLIMEN MALAYSIA

Kemaskini terakhir pada: 8 Disember 2020 | Hits: 2830

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my