Selamat Datang ke Portal Rasmi Parlimen Malaysia.

YBHG. DATUK KAMIS BIN SAMIN
Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selamat Datang ke Portal Rasmi Parlimen Malaysia.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan-Nya jua, saya berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata di ruangan ini.Dewasa ini, ekspektasi masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan kian berubah. Masyarakat bukan sahaja mahukan perkhidmatan yang berkualiti, bahkan juga pantas dan mudah diperolehi.  Sejajar dengan hasrat tersebut, Parlimen Malaysia telah mengambil langkah membangunkan portal ini bagi memberi kemudahan kepada pengguna dari  dalam atau luar negara untuk mendapat maklumat, khususnya berkaitan Parlimen Malaysia.

Melalui portal ini juga, para pengunjung boleh mendapatkan maklumat tentang dokumen-dokumen rasmi Parlimen seperti Penyata Rasmi (Hansard) kedua-dua Dewan, Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), Takwim Persidangan, Akta dan Rang Undang-undang, perjalanan Persidangan Parlimen, maklumat tentang Ahli-ahli Parlimen Malaysia (Members of Parliament) dan sebagainya.Sesungguhnya, teknologi maklumat telah menyebabkan dunia berubah dengan amat pantas dan drastik. Oleh hal yang demikian, adalah amat perlu agar kita bergerak dan berubah seiring dengan perubahan dan kehendak semasa. Untuk itu, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan Parlimen Malaysia sedia ada, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan ikhlas yang membina daripada pengunjung sekalian. Mudah-mudahan maklum balas berkenaan dapat membantu Parlimen Malaysia melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan dari masa ke semasa. Sesungguhnya menjadi harapan agar  Portal ini menjadi wadah dan wasilah kepada semua pihak yang melayarinya mengikut keperluan masing-masing. Akhir kalam, selamat melayari Portal Rasmi Parlimen Malaysia.


Kemaskini Terakhir pada: 23 November 2019 | Hits: 65143

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 30/03/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my