PARLIMEN MALAYSIA: 2 September (Khamis) — YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima pertemuan khas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar pada hari ini bertempat di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Turut hadir adalah YBrs. Puan Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara dan YBrs. Tuan Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat. – BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1372&time=2
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 7434