Perjumpaan Khas YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Bersama Ahli Dewan Negara (Senato
control 1control 2control 3



KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata proses mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen perlu dipercepatkan bagi memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif. 

Anwar berkata usaha transformasi Parlimen itu juga penting bagi 
mengekalkan demokrasi dan kebebasan bersuara.

“Ia harus dipercepatkan, Peguam Negara sudah maklum (draf undang-undang), ada perkara yang sedang diteliti dan perlu dicerakinkan agar tidak ada sebarang masalah apabila kita bentangkan nanti,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. 

Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenalkan pada 1963, namun ia telah dimansuhkan pada 1992. Akta ini membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangan dan mengawal perbelanjaannya.

Sementara itu, Anwar mengingatkan Ahli Parlimen supaya sentiasa menitikberatkan soal akhlak walaupun berbeza pandangan ketika sedang berbahas di dalam Parlimen.

“Boleh berhujah, boleh berbeda pendapat, tetapi tak perlu biadap dan kasar, tidak ada agama yang tidak bicara soal nilai, soal akhlak tidak harus dikesampingkan dalam kita bicara soal pertumbuhan ekonomi,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata isu sekolah daif yang memerlukan peruntukan segera dan menangani miskin tegar menjadi antara fokus yang diberikan perhatian dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb ini.

Hadir bersama YB Dato’ Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Senator Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad,
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang
Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta YBrs. Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah
Setiausaha Dewan Negara.

Sumber @bernamaofficial 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
14 Februari 2023

Kemaskini terakhir pada: 15 Februari 2023 | Hits: 1084

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my