CARTA ORGANISASI
 
 
        FUNGSI

       1. MEMBERI PANDANGAN UNDANG-UNDANG
  • Memberi pandangan/nasihat perundangan secara bertulis atau lisan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain ke atas isu undang-undang yang berbangkit kepada Pentadbiran Parlimen khususnya mengenai apa-apa tafsiran perundangan utama, perundangan subsidiari atau keputusan kehakiman yang berkaitan dengan Pentadbiran Parlimen.
  • Menyemak semua peruntukan dalam dokumen perjanjian/kontrak Parlimen Malaysia. 
  • Menyemak dan memberi pandangan/nasihat kepada Pentadbiran Parlimen berhubung dengan kes tatatertib.
  • Menguruskan apa-apa arahan semasa yang diberikan oleh Peguam Negara Malaysia mengenai undang-undang yang terpakai kepada Pentadbiran Parlimen Malaysia.  
  • Memberikan pandangan/nasihat perundangan secara bertulis atau lisan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan  dan undang-undang lain ke atas isu undang-undang yang berbangkit di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.  
  • Membantu Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara dalam memberikan pandangan/nasihat perundangan dan tafsiran mengenai peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 
 
       2. GUBALAN
  • Menggubal dan menyemak draf Perjanjian/Memorandum Persefahaman Antarabangsa antara Parlimen Malaysia dengan negara luar, draf Perjanjian/Memorandum Persefahaman antara Parlimen Malaysia dengan Kementerian dan agensi-agensi lain, Surat Niat, Terma Jawatankuasa Dewan Rakyat/Dewan Negara dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Mesyuarat Dewan Rakyat/Negara.
 
        3.  PENDAKWAAN DAN GUAMAN
  • Memaklumkan kepada Pentadbiran Parlimen dan Setiausaha Dewan Rakyat/Setiausaha Dewan Negara  mengenai apa-apa kes-kes mahkamah yang melibatkan Parlimen Malaysia. 
  • Meneliti saman, menandatangani afidavit dan apa-apa dokumen perundangan untuk dikemukakan kepada mahkamah.
  • Memaklumkan, menyediakan dokumen dan mengumpul maklumat kajian kes jenayah dan sivil untuk dihantar ke Bahagian Pendakwaan dan ke Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara.
 
        4.  KAJIAN UNDANG-UNDANG
  • Membuat kajian dan semakan semula kepada mana-mana perundangan utama, perundangan subsidiari atau keputusan kehakiman yang berkaitan dengan Pentadbiran Parlimen.

        5.  PELBAGAI
  • Menghadiri mesyuarat yang memerlukan nasihat undang-undang.
  • Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan undang-undang seperti diarahkan oleh Ketua Pentadbir Parlimen dan Jabatan Peguam Negara dari semasa ke semasa.

Kemaskini terakhir pada: 11 Mac 2021 | Hits: 59837

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.025 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my