PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2019 OLEH MENTERI KEWANGAN
control 1control 2control 3


YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia

 

Kuala Lumpur, 2 November – YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2019 dihadapan YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertempat di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
 

Secara dasarnya Belanjawan 2019 adalah bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” di mana ianya memberi tiga fokus utama dengan 12 strategi penting bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.
 

Tiga fokus utama yang ditekankan menerusi Sesi Pembentangan Belanjawan 2019 adalah :

  1. Melaksanakan reformasi Institusi
  2. Memastikan kesejahteraan rakyat
  3. Memupuk budaya negara keusahawanan
 


YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri menyerahkan Buku Belanjawan 2019 kepada
YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan di Lobi Dewan Rakyat

 

Dalam pada itu, 12 strategi utama yang diketengahkan menerusi Sesi Pembentangan Belanjawan 2019 adalah :

  1. Memperkukuh pengurusan fiskal

  2. Menstruktur semula dan merasionalisasi hutang kerajaan

  3. Meningkat hasil kerajaan

  4. Menjamin kebajikan dan kualiti hidup

  5. Meningkat peluang pekerjaan dan kebolehpasaran

  6. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial

  7. Meningkatkan pendapatan boleh guna

  8. Pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik

  9. Mencetuskan kuasa ekonomi baharu

  10. Merebut peluang dalam menghadapi cabaran global

  11. Mendefinisi semula peranan kerajaan dalam perniagaan

  12. Memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan

 

Belanjawan 2019 akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion peruntukan pada tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion lagi adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Peruntukan ini tidak termasuk Simpanan Luar Jangka berjumlah RM2 bilion.


Kemaskini terakhir pada: 23 November 2018 | Hits: 16997

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my