PEGAWAI KHAS PAK LAH ANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 15 Sept  -- Pegawai khas kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Jefridin Atan hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai senator, di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Jefridin yang juga  Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai, Johor merupakan lantikan baharu pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Rais ketika berucap berkata, dengan pelantikan Jefridin, lengkaplah keanggotaan Ahli Dewan Negara dalam kalangan pilihan DUN negeri-negeri iaitu seramai 26 orang mewakili 13 negeri dan empat ahli dari Wilayah Persekutuan.

“Diharapkan agar dewan yang mulia ini dapat memberi perhatian kepada suara-suara negeri, yang mana hasrat penubuhan Dewan Negara yang terkandung di dalam laporan Suruhanjaya Reid, yang bertujuan untuk menjaga hak negeri-negeri di dalam Persekutuan.

“Dewan Negara merupakan institusi yang berpotensi besar menjadikan doktrin semak dan imbang, berfungsi dengan baik dan berkesan. Dewan yang mulia ini harus memastikan perbincangan dan pertimbangan yang sewajarnya diperhalusi sebelum meluluskan sesuatu rang undang-undang,” katanya.

Rais turut berharap, semua senator dapat menghayati fungsi sebenar Dewan Negara dan menjalankan amanah dipertanggungjawabkan, dengan baik.

Jefridin berkhidmat sebagai pegawai khas Abdullah sejak 2009 hingga kini, dan pernah menjadi Setiausaha Peribadi Abdullah semasa menjadi perdana menteri dari 2003 hingga 2009.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Sulit semasa Abdullah menjadi timbalan perdana menteri pada 2001 dan 2003 dan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI), sejak tahun 2016 hingga kini. -- BERNAMA


Kemaskini Terakhir pada: 15 September 2020 | Hits: 279

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 30/09/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.304 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my