a kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;
b apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;
c penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut Perkara 107 dalam Perlembagaan;
d apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada jawatankuasa itu.

"Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menghantar orang, kertas dan rekod, dan melaporkan dari semasa ke semasa"

"Apabila Laporan Ketua Audit Negara diterima, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri hendaklah menghantar satu salinan tiap-tiap perenggan laporan itu kepada Pegawai Pegawai yang berkenaan untuk ulasannya. Dari maklumat yang diterima itu suatu memorandum hendaklah disediakan bagi kegunaan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri pada mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Wang Awam untuk menimbangkan laporan itu. Jawatankuasa itu boleh juga mengkehendaki seseorang Pegawai Pengawal memberi keterangan dihadapannya."

"Apabila Jawatankuasa Akaun Awam telah menyampaikan laporannya kepada Badan Perundangan, salinan tiap-tiap satu perenggan laporan itu hendaklah juga dihantar kepada Pegawai Pengawal yang berkenaan. Jika laporan itu mengkehendaki tindakan diambil, Pegawai Pengawal itu hendaklah mengambil langkah untuk mematuhinya. Pegawai Pengawal itu hendaklah kemudiannya melaporkan kepada ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri kedudukan semasa mengenai tiap-tiap perenggan yang dirujukkan kepadanya. Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri hendaklah kemudiannya mengantar kepada Jawatankuasa Akaun Awam suatu memorandum muktamad mengenai perkara yang disebutkan dalam Laporan Jawatankuasa itu."

"Di samping bertanggungjawab sepenuhnya dan penasihat utama kepada Menteri, Ketua Setiausaha juga bertanggungjawab untuk:

(b) jawatankuasa Akaun Awam dalam hal mengawal perbelanjaan dan menyimpan akaun yang sesuai bagi setiap tugas yang dijalankan oleh mereka."