UPACARA MENGANGKAT SUMPAH DUA ORANG AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3

YB Senator Datuk Paul Igai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 

PARLIMEN MALAYSIA, 4 Disember – YB Senator Datuk Paul Igai dan YB Senator Datuk Lee Tian Sing hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara,  YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran.
 

YB Senator Datuk Paul Igai mula dilantik sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa hari ini sehingga 3 Disember 2020, manakala YB Senator Datuk Lee Tian Sing pula telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bermula 29 November 2017 sehingga 28 November 2020.

 

YB Senator Datuk Paul Igai merupakan Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan aktif dalam bidang politik serta kegiatan sosial. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah:
 

  • Timbalan Setiausaha Agung SPDP pada tahun 2002 hingga 2012
  • Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak pada tahun 2002 hingga 2016
  • Naib Presiden Persatuan Pemborong Bumiputera Sarawak pada tahun 1984 hingga 1988
  • Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak pada tahun 1986 hingga 1999
 

YB Senator Datuk Lee Tian Sing mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

 

YB Senator Datuk Lee Tian Sing merupakan individu yang sangat aktif dalam parti politik Malaysian Chinese Association (M.C.A) dan menyandang beberapa jawatan penting, antaranya adalah :

  • Ketua M.C.A Bahagian Masjid Tanah, Melaka pada tahun 2013 sehingga sekarang
  • Naib Presiden M.C.A Negeri Melaka pada tahun 2013 sehingga sekarang
  • Ketua Pemuda Bahagian M.C.A Alor Gajah, Melaka pada tahun 1994 hingga 1996

 

Selain parti politik M.C.A, YB Senator Datuk Lee Tian Sing turut aktif dalam beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO), antaranya adalah :

  • Penasihat kepada tempat-tempat beribadat sekitar Melaka
  • Penasihat Persatuan Penganut Dewa Fong Sun See, Pantai Kuala Sungai Baru, Melaka
  • Penasihat Penganut Dewa Chee Kong, Kuala Sungai Baru, Melaka

Kemaskini terakhir pada: 11 Disember 2017 | Hits: 7511

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my