Nota Kepada Pengarang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas Bagi Dewan Rakya
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

MESYUARAT KETIGA PENGGAL KELIMA MAJLIS PARLIMEN KEEMPAT BELAS 

NOTA KEPADA PENGARANG

 

JEMPUTAN :

  • PENYIAR RASMI

 

  • KETUA-KETUA PENGARANG MEDIA CETAK/ ELEKTRONIK/ ONLINE


1. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 03 Oktober 2022 hingga 29 November 2022 Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Negara akan berlangsung mulai 21 November 2022 hingga 07 Disember 2022 bertempat di Kompleks Parlimen Malaysia.

2. Sehubungan dengan itu, pihak agensi-agensi media yang berdaftar dan diperakui serta mempunyai Kad Perakuan Media oleh Jabatan Penerangan Malaysia yang dibenarkan untuk membuat liputan secara fizikal di Kompleks Parlimen Malaysia.

3. Pihak agensi media perlu mengemukakan nama petugas kepada pihak Bahagian Komunikasi di pro@parlimen.gov.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 02 Oktober 2022 (Ahad).

4. Kesemua petugas media dari agensi-agensi tersebut hendaklah memastikan tiada sebarang gejala dan diyakini sihat tubuh badan serta amat digalakkan untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di Kompleks Parlimen Malaysia.

5. Segala gambar sepanjang persidangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara boleh didapatkan daripada Penyiar Rasmi seperti Jabatan Penerangan Malaysia dan BERNAMA serta Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia.

 

6.  Petugas media dinasihatkan agar menaiki kenderaan agensi / syarikat untuk masuk ke Kompleks Parlimen Malaysia. Semua petugas media boleh memasuki Kompleks Parlimen mulai jam 7.30 pagi. Dikehendaki memasuki melalui Pintu 7, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

7.   Petugas media hendaklah sentiasa berada di Pusat Media, Aras G, Blok Utama, Parlimen Malaysia sepanjang masa dan tidak dibenarkan berada di ruang lobi Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Blok Utama.  

 8. Petugas media hendaklah mematuhi MySOP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Tatacara Kemasukan Bertugas yang digariskan oleh pihak Parlimen Malaysia.

 

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI

29 SEPTEMBER 2022


Kemaskini terakhir pada: 29 September 2022 | Hits: 3595

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my