BAHAGIAN HAL EHWAL AHLI PARLIMEN
control 1control 2control 3

SEKRETARIAT
 
Pengenalan
 
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-
BAHAGIAN HAL EHWAL AHLI PARLIMEN
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
 
 
 
         FUNGSI BAHAGIAN
  • Pengurusan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Ahli Parlimen.
  • Pengurusan pembayaran/pemberhentian elaun bulanan Ahli Parlimen merangkumi Elaun Bulanan, Elaun Keraian, Elaun Bulanan Tetap Perjalanan, Elaun Tetap Pemandu Kereta, Bayaran Khas dan Elaun Telefon.
  • Pengurusan perkhidmatan Ahli Parlimen merangkumi pengemaskinian rekod perkhidmatan ahli parlimen.
  • Pengurusan pembayaran Tuntutan Bulanan Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam / Di Luar Negara Bagi Ahli Parlimen merangkumi Elaun Perjalanan Kenderaan, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Hidup Harian dan lain-lain Belanja Pelbagai (tambang pengangkutan awam, bayaran telefon/telegram, belanja dobi, bayaran cukai lapangan terbang, bayaran excess baggage, bayaran letak kereta dan bayaran tol) serta Elaun Makan Semasa Bertugas Rasmi Di Luar Malaysia dan juga tuntutan Elaun Pakaian Panas.
  • Pengurusan elaun dan kemudahan untuk Ahli Parlimen semasa persidangan Parlimen merangkumi pembayaran Elaun Mesyuarat dan kelayakan perjalanan semasa Parlimen bersidang (setiap hujung minggu) serta tempahan dan pembayaran tiket penerbangan untuk Ahli Parlimen daripada luar Semenanjung.
  • Pengurusan kemudahan dan keistimewaan Ahli Parlimen merangkumi penyediaan kad ahli parlimen, pembekalan lencana kereta, pas kereta api percuma, lesen kenderaan motor percuma, lesen percuma senjata api, peruntukan kemudahan komputer, elaun pakaian rasmi istiadat, pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan dan pinjaman komputer.
  • Pengurusan kemudahan perubatan Ahli Parlimen dan bekas Ahli Parlimen.
  • Pengurusan pengemaskinian maklumat diri dan maklumat perhubungan Ahli Parlimen.
  • Pengurusan kemudahan penginapan melalui pembayaran menggunakan Panjar Khas.
  • Pengurusan gaji, elaun, kemudahan dan keistimewaan serta tuntutan menjalankan tugas rasmi di dalam / di luar negara bagi Yang di-Pertua Dewan dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan.
     

Kemaskini Terakhir pada: 10 Disember 2019 | Hits: 18331

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 02/07/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my