BAHAGIAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN DAN LANDSKAP
control 1control 2control 3

SEKRETARIAT
 
Pengenalan
 
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-
BAHAGIAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN DAN LANDSKAP
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN


 
 
 
 
         FUNGSI BAHAGIAN
  • Melaksanakan pemeriksaan dan audit keadaan fizikal bangunan untuk menilai dari segi aspek struktur  bangunan, sistem mekanikal dan sistem elektrikal supaya berfungsi dengan baik dan sempurna dari segi kefungsian dan keselamatan teknikal.
  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan ke atas Kompleks Bangunan Parlimen Malaysia dan kediaman rasmi Yang di-Pertua Dewan, TASKA PUSPANITA dan 15 unit kuarters.
  • Memohon peruntukan tahunan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembangunan Kompleks Bangunan Parlimen Malaysia.
  • Mengurus dan mentadbir kontrak penyelenggaraan di Parlimen serta kediaman rasmi Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Menjalankan kerja-kerja pembaikan kecil secara tenaga jabatan.
  • Menyelaras pelaksanaan projek pembangunan Parlimen serta kediaman rasmi Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Menyelaras dan memantau projek di bawah tempoh kecacatan (DLP).
  • Menyelenggara landskap kawasan Kompleks Bangunan Parlimen Malaysia dan taman-taman dalam bangunan Parlimen Malaysia sentiasa kemas subur dan cantik.
  • Memelihara ternakan rusa sentiasa dalam keadaan baik.
  • Menghias dalam bangunan Parlimen dengan pokok-pokok segar dan cantik.
  • Menyelenggara kebersihan dalam bangunan sentiasa terpelihara.
  • Mengurus, menyelaras, memantau dan melaksanakan persiapan logistik dan keperluan infra bagi majlis-majlis rasmi di Parlimen Malaysia.
  • Memastikan sistem Mekanikal, Elektrikal dan Sistem Keselamatan beroperasi dengan baik sepanjang masa di bangunan Parlimen Malaysia dan kediaman rasmi Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Melaksanakan pendaftaran aset tak alih.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Parlimen Malaysia.

Kemaskini Terakhir pada: 10 Disember 2019 | Hits: 21081

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 30/03/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my