BAHAGIAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA DAN PROTOKOL
control 1control 2control 3
SEKRETARIAT
 
Pengenalan
 
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-

BAHAGIAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA DAN PROTOKOL
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
 
 
        FUNGSI BAHAGIAN
  • Menjadi urusetia dan penyelaras bagi persidangan /seminar yang dianjurkan oleh Parlimen Malaysia berkaitan pertubuhan /persatuan/organisasi berikut:-
        -   IPU,PUIC,PGA,UN,ASGP,CPA, SOCATT,APPF, FEALAC, GPH,APPU, GOPAC, AIPA, AFPPD, APA, ASEP,
           APPCED, IPAID, WSIS.
  • Mengendalikan urusan kewangan IPU dan CPA Malaysia.
  • Mendapatkan position papers dan country brief daripada agensi-agensi berkaitan untuk isu-isu yang akan dibincangkan.
  • Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri sekiranya persidangan dihadiri oleh Jemaah Menteri atau persidangan dianjurkan oleh Parlimen.
  • Mengendalikan lawatan rasmi ke luar negara untuk YPDN, YPDR, YB Menteri, TYPDN dan TYPDR. 
  • Mengendalikan kesemua lawatan kerja Ahli Parlimen Malaysia ke Luar Negara. 
  • Mengendalikan dan menyelaras kesemua lawatan rasmi / kerja dari luar negara ke Parlimen Malaysia. 
  • Mengendalikan sesi kunjungan hormat / pertemuan dengan YPDN, YPDR, YB Menteri, TYPDN dan TYPDR.  
  • Mengendalikan kesemua urusan logistik untuk delegasi Parlimen Malaysia menghadiri persidangan / mesyuarat / seminar rasmi dalam dan luar negara yang diuruskan oleh semua unit di Cawangan Pertubuhan Antara Parlimen. 
  • Mengendalikan kesemua urusan logistik lawatan rasmi / kerja diuruskan yang oleh unit Antarabangsa. 
  • Mengendalikan urusan logistik untuk Persidangan / Seminar yang Parlimen Malaysia menjadi tuan rumah. 
  • Memberi khidmat nasihat protokol dan menyelaras semua urusan protokol dalam Majlis / program yang dianjurkan oleh Parlimen Malaysia 
  • Membantu dalam aturan protokol bagi majlis / program yang dianjurkan oleh pihak luar di Parlimen Malaysia. 
  • Menjadi urusetia kepada kesemua Parliamentary Friendship Group dan Caucus. 
  • Mengendalikan lawatan Parliamentary Friendship Group dan Caucus dalam dan luar negara.

Kemaskini terakhir pada: 10 Disember 2019 | Hits: 39678

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.024 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my