MAKLUM BALAS SESI PENDENGARAN AWAM IPCMC MENGGALAKKAN
control 1control 2control 3
 
 

ISKANDAR PUTERI, 8 November - Maklum balas yang diterima sepanjang sesi pendengaran awam mengenai Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diadakan di beberapa negeri setakat ini adalah menggalakkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Mengenai IPCMC, Ramkarpal Singh berkata maklum balas yang diterima merangkumi pandangan yang menyokong dan juga membantah penubuhan IPCMC tersebut.

Katanya, memandangkan maklum balas yang diterima menggalakkan, beliau berharap sesi pendengaran awam berkenaan dapat disempurnakan keseluruhannya pada minggu hadapan.

“Ini tujuan kami ditubuhkan iaitu untuk mengumpul maklum balas dan sekali lagi pada pandangan saya maklum balas (yang diterima) menggalakkan.

“Kami juga telah pun mendapat maklumat-maklumat dan fakta-fakta terbaru (hasil) daripada konsultasi yang mana ini amat bermakna bagi tujuan kami menyediakan laporan kami nanti," katanya ketika ditanya mengenai maklum balas yang diterima sepanjang sesi pendengaran IPCMC sebelum ini yang telah pun dilakukan di Sarawak, Pulau Pinang termasuk di Parlimen.

Beliau berkata demikian pada sidang media sesi pendengaran awam IPCMC di Iskandar Puteri yang turut dihadiri Setiausaha Dewan Rakyat merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, Datuk Roosme Hamzah.

Ramkarpal berkata, pihaknya perlu menghantar laporan sebelum 18 Nov ini dan kemungkinan besar ia akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat pada 5 Dis.

Sesi pendengaran awam yang dilakukan di tiga negeri iaitu Sarawak, Pulau Pinang dan Johor yang sedang berlangsung pada hari ini, disertai kira-kira 269 individu dan badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang terlibat menyertai sesi pendengaran awam itu adalah pihak polis termasuk pegawai dan pesara, ahli akademik, peguam, persatuan-persatuan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Ramkarpal berkata sesi pendengaran awam di negeri yang terakhir iaitu di Kota Kinabalu, Sabah akan diadakan Ahad ini. – BERNAMA (hyperlink http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1787634)


Kemaskini terakhir pada: 4 Disember 2019 | Hits: 11339

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.042 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my