MAJLIS TAKLIMAT KEPADA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN KELIMA BELAS
control 1control 2control 3
 

PARLIMEN MALAYSIA, 6 Disember 2022 (Isnin) – YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM) bersama-sama seramai183 Ahli-Ahli Dewan Rakyat hadir pada majlis hari ini.

 

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan kemudiannya YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, KPPM bagi menyampaikan taklimat berkaitan kemudahan-kemudahan Ahli Parlimen.

 

Seterusnya, YBrs. Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat turut memberikan penerangan berkaitan prosedur serta perjalanan sidang Dewan Rakyat kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

 

Hadir bersama pada taklimat tersebut, YAB Dato’ Sri Haji Fadilah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi serta pegawai kanan Parlimen Malaysia.

 

Parlimen Malaysia mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Dewan Rakyat Majlis Parlimen Kelima Belas dan ucapan tahniah atas kejayaan untuk melaksanakan mandat rakyat Malaysia.

Selamat Berkhidmat Yang Berhormat!
 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan | Afifi | Arjunna
 

Bahagian Komunikasi

Parlimen Malaysia


Kemaskini terakhir pada: 7 Disember 2022 | Hits: 2310

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 12/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my