MAJLIS PENYERAHAN AL-QURAN MUSHAF PUTRAJAYA
control 1control 2control 3

Pada hari Selasa, 21 Julai 2020, Biro Agama, Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KESPA) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Al-Quran Mushaf Putrajaya yang bertempat di surau Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Annuar bin Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan yang telah menyerahkan Al-Quran Mushaf Putrajaya kepada YB Dato' Takiyuddin bin Hassan, Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) bagi pihak Parlimen Malaysia. Yang turut hadir dalam majlis ini ialah YB Senator Datuk Seri Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan YBhg. Datuk Kamis bin Samin, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia merangkap Yang di-Pertua KESPA serta kakitangan Parlimen Malaysia.

Selain sumbangan Al-Quran Mushaf Putrajaya sebanyak 100 naskhah, YB Tan Sri Annuar bin Haji Musa yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengumumkan sumbangan wang tunai untuk kegunaan aktiviti Surau Parlimen Malaysia. Menurut beliau menerusi sumbangan tersebut ianya sekaligus dapat memperkenalkan lagi Al-Quran Mushaf Putrajaya dan berharap dapat dimanfaatkan oleh warga Parlimen Malaysia serta orang ramai yang menggunakan surau Parlimen Malaysia. –PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 22 Julai 2020 | Hits: 3531

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my