MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI
control 1control 2control 3

YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara bersama YB Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Kediaman Rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

 

YAB Perdana Menteri ketika berucap dihadapan kira-kira 1,000 tetamu, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis ini dan mudah-mudahan Ramadan mengangkat darjat ketakwaan kepada Allah SWT serta peluang mengeratkan silahturahim sesama kita.

 

Hadir sama YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta tetamu kehormat bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.

 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Aiman

 

Parlimen Malaysia

4 April 2023


Kemaskini terakhir pada: 20 April 2023 | Hits: 2972

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my