MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PARLIMEN MALAYSIA TAHUN 2020
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA : 1 April (Khamis) --- Parlimen Malaysia telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Parlimen Malaysia Tahun 2020 yang julung kalinya dibuat di luar Bangunan Parlimen Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBrs. Puan Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Encik Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara, YBrs. Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat, dan para jemputan.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang disamping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai.

Pada tahun 2020, Parlimen Malaysia telah bersetuju memilih seramai 26 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 27 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji, 3 orang penerima Anugerah Khidmat Setia serta turut meraikan 3 orang pegawai dan kakitangan yang bakal bersara.

Kesemua anugerah tersebut telah disampaikan oleh dif-dif kehormat mengikut kategori. Majlis turut diserikan dengan tayangan video istimewa pegawai Dan kakitangan yang akan bersara wajib pada tahun ini. – BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA -


Kemaskini Terakhir pada: 6 April 2021 | Hits: 156

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
LAST_UPDATE: 13/04/2021.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2021 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.026 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my