MAJLIS AMANAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT, PERHIMPUNAN BULANAN SESI JULAI-SEPTEMBER, ANUGERAH KHIDMAT SETIA DAN PERSARAAN TAHUN 2020, PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2020 – Parlimen Malaysia telah mengadakan Majlis Amanat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Perhimpunan Bulanan Sesi Julai-September, Anugerah Khidmat Setia dan Persaraan Tahun 2020 yang bertempat di Dewan Bankuet, Blok Utama, Palimen Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Yang turut hadir ialah YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I, YBhg. Datuk Kamis bin Samin, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Tuan Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat dan Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara serta semua kakitangan Parlimen Malaysia.

Seramai 12 orang kakitangan yang bersara wajib telah diraikan bersama-sama 18 orang penerima anugerah Khidmat Setia yang telah bekerja melebihi 30 tahun dalam perkhidmatan awam. Mereka telah menerima sijil yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Dalam amanatnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan, khidmat bakti yang telah mereka curahkan selama bersama-sama berkhidmat di Parlimen Malaysia. Beliau berharap agar budaya cemerlang dapat diterapkan dalam perkhidmatan kakitangan Parlimen Malaysia dalam melaksanakan tugas harian masing-masing.

“Warga Parlimen perlu mengamalkan ciri-ciri keutuhan peribadi sepanjang masa dan pada masa yang sama menitik beratkan dan meneruskan kerja berpasukan sekaligus ia mewujudkan persefahaman dan kerjasama berpasukan sesama warga Parlimen ataupun dengan pihak luar” ujarnya.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam ucapannya juga memuji tahap professional dalam Parlimen Malaysia di mana warga Parlimen begitu komited untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran yang berterusan.

Mengakhiri ucapan, beliau berharap agar segala apa yang dirancang bagi tahun 2020 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. – PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 17 September 2020 | Hits: 3192

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my