LAWATAN RASMI PENGERUSI KONGRES RAKYAT KEBANGSAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE MALAYSIA
control 1control 2control 3
LAWATAN RASMI PENGERUSI KONGRES RAKYAT KEBANGSAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE MALAYSIA 

TYT Zhao Leji, Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China Ke-14 telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia hari ini.

Buat pertama kali dalam 18 tahun, Malaysia merupakan negara Asia pertama yang menerima kunjungan oleh Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China.

Malaysia dan China mempunyai hubungan yang utuh dan telah menjalinkan kerjasama dua hala yang baik dalam pelbagai sektor penting, termasuk ekonomi, pelaburan, perdagangan dan diplomasi budaya.

Terlebih dahulu, ketibaan TYT Zhao Leji bersama 57 orang delegasinya di KLIA telah disambut oleh YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan TYT Quyang Yujing, Duta Besar China ke Malaysia.

TYT Zhao Leji tiba dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini sehingga 20 Mei 2023. Beliau turut dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bertemu dengan Perdana Menteri ,YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Antara yang turut hadir bersama dalam pertemuan tersebut ialah YB Datuk Seri Ir.Dr. Wee Ka Siong (Ahli Parlimen Ayer Hitam), YB Puan Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Puchong), YB Tuan Fong Kui Lun (Ahli Parlimen Bukit Bintang), YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Ahli Parlimen Tebrau) dan YB Tuan William Leong Jee Keen (Ahli Parlimen Selayang).

Parlimen Malaysia
18 Mei 2023
 

Kemaskini terakhir pada: 24 Mei 2023 | Hits: 757

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my