Semua pelawat sama ada individu atau berkumpulan, institusi dan pertubuhan dalam dan luar negara boleh mengunjungi Parlimen Malaysia.

Lawatan hanya dibenarkan semasa hari dan waktu bekerja sahaja.

Pelawat yang ingin membuat permohonan lawatan perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan seperti berikut:
 
i) Segala urusan lawatan dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Parlimen Malaysia. Surat permohonan lawatan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut untuk kelulusan:
 
Bahagian Komunikasi Korporat
Aras 4, Blok Ahli Parlimen & Pentadbiran
Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen,
50680 Kuala Lumpur
Tel:  +(603) 2072 1955 / +(603) 2601 7222

Faks: +(603) 2072 7436
Emel: 
ii) Surat permohonan hendaklah mencatatkan nombor telefon dan faks pemohon (Contoh surat permohonan).
iii) Selain itu, permohonan lawatan juga boleh dikemukakan secara atas talian melalui borang permohonan online.
iv) Pelawat dikehendaki menunjukkan surat kebenaran lawatan di Balai Pengawal, pintu masuk utama kompleks Parlimen. Ketua rombongan dikehendaki membawa senarai lengkap pelawat yang mengandungi nama penuh, nombor kad pengenalan serta alamat terkini. Hanya mereka yang disenaraikan sahaja dibenarkan masuk mengikuti persidangan.
v) Semua pelawat perlu mematuhi tatacara berpakaian semasa berada di Bangunan Parlimen. Tatacara berpakaian adalah seperti di bawah:



KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA

PAKAIAN YANG DIBENARKAN
 
LELAKI
 
1) Lounge Suit dan bertali leher
2) Baju kemeja lengan panjang dan bertali leher
3) Baju batik lengan panjang
4) Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
5) Seluar panjang berwarna gelap (slack)
6) Kasut kulit
 
 
WANITA
 
1) Baju kurung atau kebaya labuh / blouse berlengan panjang
2) Skirt panjang di bawah paras lutut
3) Sari dengan blouse berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
4) Seluar panjang (slack)
5) Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan
6) Berkasut


PELAJAR SEKOLAH
 
1) Pakaian seragam sekolah

 
 
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN
 
1) Baju tanpa lengan
2) Jaket
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan mencolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat
7) Baju T
 

PELAWAT TIDAK DIBENARKAN:
 
1) Membawa kanak-kanak di bawah umur enam (6) tahun.
2) Merokok di kawasan Parlimen.
3) Mengambil gambar semasa berada di dalam Bangunan Parlimen.
4) Membawa masuk telefon bimbit, kamera serta lain-lain alat telekomunikasi ke dalam Dewan Negara / Dewan Rakyat.
5) Membawa peralatan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan.
 
Pelawat dikehendaki menepati masa lawatan yang telah dipersetujui.

Kemaskini terakhir pada: 12 Mar 2021 | Hits: 149145

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/09/2021.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2021 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.026 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my