Dushanbe, Tajikistan – First Deputy Chairman of the Majlisi milli of the Majlisi Oli of the Republic of Tajikistan, TYT Ahmadzoda Rajabboy telah menerima kunjungan hormat delegasi Parlimen Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed di Dushanbe, Tajikistan pada 10 Jun 2024.
Hasil daripada pertemuan tersebut, Malaysia dan Republik Tajikistan komited untuk mengukuhkan hubungan antara institusi parlimen dan meningkatkan hubungan dua hala kedua – dua negara.
Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
Parlimen Malaysia