KUNJUNGAN HORMAT PASUKAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) KE ATAS KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3

 

PARLIMEN MALAYSIA: 16 MAC 2021 – YBrs. Puan Nik Ainun Zanariah binti Nik Abd Rashid, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama delegasi pasukan JKR telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Puan Nor Yahati binti Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dengan mematuhi Standard Operation Procedure (SOP). Kunjungan Hormat ini berlangsung pada jam 11:00 pagi di Pejabat Ketua Pentadbir, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran.

YBrs. Puan Nik Ainun Zanariah merupakan Pegawai Penguasa bagi Pasukan Projek Khas Parlimen untuk kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih Bangunan Parlimen Malaysia. Turut hadir Tuan Ir. Dr. Hasli Ibrahim, Wakil Pegawai Penguasa (WPP Utama) dan semua WPP daripada setiap cabang pengkhususan seperti arkitek, mekanikal, elektrik, ukur bahan serta sivil dan struktur.

Di samping itu, beliau dan pasukannya telah membuat pembentangan secara ringkas mengenai pelaksanaan cadangan Projek naik taraf dan baik pulih Bangunan Parlimen Malaysia yang lebih dikenali sebagai Projek Fasa 2C (ii). Projek Fasa 2C (ii) dijangka bermula pada April 2021.

Kunjungan hormat ini sangat signifikan untuk memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara Jabatan Kerja Raya dan Parlimen Malaysia. – BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik llink tersebut untuk koleksi gambar penuh https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1241&time=1


Kemaskini terakhir pada: 22 Mar 2021 | Hits: 2211

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
LAST_UPDATE: 03/08/2021.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2021 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my