KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT OLEH VICE PRESIDENT OF THE NATIONAL ASSEMBLY OF VIETNAM
control 1control 2control 3
Kembali
Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh TYT Nguyen Khac Dinh, Vice President of The National Assembly of Vietnam di Malaysia di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia pada 9 Ogos 2024.

Terlebih dahulu, kehadiran TYT Nguyen Khac Dinh bersama delegasi di Parlimen Malaysia telah disambut oleh YBrs. Tuan Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian (Pengurusan).

Seterusnya, delegasi National Assembly of Vietnam telah diberikan penerangan oleh Pegawai Bahagian Komunikasi Korporat, Parlimen Malaysia dalam sesi lawatan berpandu ke Dewan Rakyat, Dewan Negara dan lobi Blok Utama.

Turut diadakan pertemuan bersama YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara di hotel sekitar ibu negara.

YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli telah hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada TYT Nguyen Khac Dinh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menamatkan lawatan kerja ke Malaysia dari 6 hingga 9 Ogos 2024.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia

Kredit Foto: Daniel

Kemaskini terakhir pada: 12 Ogos 2024 | Hits: 3132

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 14/05/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my