Kunjungan Hormat Dua Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Terhadap Yang Di-Pertua Dewan Negara
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

OLEH

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

KUNJUNGAN HORMAT DUA TIMBALAN YANG DI-PERTUA 

       DEWAN RAKYAT TERHADAP YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 

 

KUALA LUMPUR, 16 Januari Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menerima kunjungan hormat daripada dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor dan YB Puan Alice Lau Kiong Yieng di Parlimen hari ini. YB Dato’ Ramli merupakan Ahli Parlimen Cameron Highlands dan YB Puan Alice Lau Kiong Yieng yang merupakan Ahli Parlimen Lanang dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat semasa persidangan pertama Parlimen pada 19 Disember lalu melalui undi bersurat dalam kalangan ahli Parlimen.

Pada pertemuan pertama ini, Tan Sri Rais telah  bertukar-tukar pandangan tentang apa yang giat dilakukan di Parlimen selain turut menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan fungsi dan peranan utama Parlimen sebagai sebuah institusi legislatif negara.  Beberapa cadangan yang memerlukan kerjasama ahli-ahli dari kedua-dua buah Dewan juga diutarakan. 

Kerjasama ini antara lain boleh diusahakan melalui pembentukan jawatankuasa bersama seperti Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat dan Jawatankuasa Antirasuah dalam membantu dan menangani isu-isu berkaitan rakyat. Pembentukan kerjasama seumpama ini diharapkan dapat menjadikan Parlimen sebagai sebuah institusi sandaran dan harapan untuk rakyat menyuarakan permasalahan yang dihadapi yang memerlukan perhatian  pemimpin negara.

Tan Sri Rais juga turut menerangkan tentang kedudukan Transformasi Parlimen yang sedang dilakukan. Menurut beliau, Parlimen sedang dalam proses melakukan beberapa pindaan terhadap akta seperti Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Pada waktu yang sama Parlimen turut berhasrat mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963. Penggubalan Kod Etika Ahli Parlimen juga dilihat mampu melancarkan perjalanan sidang dewan. Berasaskan kepada semangat pembaharuan ini, penglibatan kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat tersebut - TAMAT  

 

16 Januari 2023

Parlimen Malaysia

Kuala Lumpur


Kemaskini terakhir pada: 16 Januari 2023 | Hits: 1049

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my