Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) atau All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) merupakan forum atau platform mengenai suatu topik kepentingan bersama (common interest) di kalangan ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Senator Dewan Negara, serta pihak luar yang boleh terdiri daripada ahli akademik, golongan profesional, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang menjadi rakan (partners) untuk membincang, meneliti dan mengemukakan laporan cadangan-cadangan kepada Parlimen atau jawatankuasanya.