Peringatan JKMR: Jangan Campuraduk Kebajikan Dengan Kempen Pilihan Raya
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA

OLEH

YANG Dl-PERTUA DEWAN NEGARA

PERINGATAN JKMR: JANGAN CAMPURADUK  KEBAJIKAN
DENGAN KEMPEN PILIHAN RAYA

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) yang di ketuai Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim memandang berat dan serius gara-gara dan amalan menggunakan lambang parti politik pada kampit-kampit beras, gula, tepung dan bahan- bahan bantuan kebajikan yang disampaikan kepada pengundi. Ini adalah pada hakikatnya satu bentuk rasuah yang dilibatkan dalam tempoh pilihan raya umum kini.

 

Tan Sri Rais menyatakan baru-baru ini terdapat beribu-ribu kampit beras dicap dengan lambang parti politik tertentu sebelum dihadiahkan kepada rakyat di kampung-kampung luar bandar dan kampung baharu, rumah pangsa dan tempat-tempat lain. 

 

Beliau menegaskan sebarang bantuan untuk rakyat hendaklah bebas daripada simbol-simbol badan politik kerana ini berupa satu bentuk sogokan dan pengaruh tumbuk rusuk agar undi diberi kepada parti tertentu sahaja sekaligus mencabul dan melanggar undang-undang antirasuah negara.

 

 Barangsiapa yang menerima bungkusan, kampit beras atau makanan sedemikian, dimohon agar lekas membuat laporan polis atau terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

 

Harga diri demi demokrasi, kata beliau jauh lebih berharga daripada sekampit beras  dan sebotol minyak masak.

Rais juga menekankan supaya SPR lebih cakna menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dalam pemantauan ini.

 

Pengerusi JKMR itu mengingatkan dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM agar siapsiaga dan bertindak mencegah perbuatan antikeluhuran undang-undang ini. Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap suasana pada masa ini yang seolah-olah menunjukkan perbuatan sogok-menyogok yang berleluasa sehingga wujud semacam berleluasanya pesta budaya rasuah.   - TAMAT

 

 

3 November 2022

Parlimen Malaysia

Kuala Lumpur


Kemaskini terakhir pada: 3 November 2022 | Hits: 616

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/01/2023.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2023 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.042 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my