Kenyataan Media Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Status Kelayakan Yb Pekan Sebagai Ahli Parlimen Pekan
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA
OLEH
PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT

 

 
 
1. Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima serahan dokumen-dokumen berikut:

 

    1. salinan permohonan pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, ke atas Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Ahli Parlimen Pekan, yang bertarikh Ihb September 2022
    2. salinan surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh 1hb September 2022 yang melampirkan permohonan pengampunan tersebut yang diaku-terima oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 2hb September 2022; dan
    3. salinan Perintah Jenayah termeterai masing-masing bagi kes rayuan Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di Mahkamah Persekutuan (Rayuan No. 05(L)-289-12/2021(W), 05(L)-290-12/2021(W) dan 05(L)-291-12/2021(W) bertarikh 23hb ogos 2022.
 
2. Berdasarkan dokumen-dokumen dalam perenggan l(c) di atas, saya mengambil maklum bahawa rayuan jenayah Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Najib telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022. Dalam hal ini, perintah sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan terhadap Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Najib adalah disahkan seperti yang berikut:

a. Rayuan No. 05(L)-289-12/2021(W) - Perintah sabitan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dibaca bersama Seksyen 24 Akta yang sama dan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau 5 tahun penjara sekiranya gagal dibayar

b. Rayuan No. 05(L)-290-12/2021(W) - Perintah sabitan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (3 pertuduhan) dan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan; dan

         c. Rayuan No. 05(L)-291-12/2021(W) - Perintah sabitan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (3 pertuduhan) dan
             hukuman 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan


    dimana hukuman bagi ketiga-tiga kes dijalankan serentak.

3. Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan (PP), mana-mana Ahli Parlimen yang disabitkan atas kesalahan oleh mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara untuk tidak kurang dari setahun atau didenda sebanyak tidak kurang dari RM2000 akan hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen.

4. Kuat kuasa Perkara 48(1)(e) PP adalah tertakluk kepada peruntukan Perkara 48(4) PP dan Perkara 53(2) PP. Dalam hal ini, Perkara 48(4)(c) memperuntukkan bahawa sekiranya satu petisyen pengampunan difailkan oleh Ahli Parlimen yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakan Ahli Parlimen berkenaan hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan (sekiranya petisyen ditolak).

5. Oleh yang demikian, memandangkan petisyen pengampunan telah difailkan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah Perkara 42 PP pada 2hb September 2022, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan (sekiranya petisyen itu ditolak). Ini bermakna status Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampuan itu dibereskan.


Sekian, Terima kasih.
Tan Sri Azhar Azizan Harun


Kemaskini terakhir pada: 5 September 2022 | Hits: 1921

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my