Kenyataan Media Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Isu Pembubaran Parlimen
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA

OLEH

YANG Dl-PERTUA DEWAN RAKYAT

Saya telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen Ke-14 berkuat kuasa pada hari ini (Isnin, 10 Oktober 2022) yang ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong AI-SuItan Abdullah Ri'ayatuddin AI-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Baginda di bawah Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, persidangan Majlis Dewan Rakyat, persidangan Kamar Khas, mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah dijadualkan sebelum ini adalah dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen Ke-14. Justeru, urusan selanjutnya akan terletak kepada bidang kuasa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan proses pilihan raya umum.


Sekian, terima kasih.

TAN SRI AZHAR AZIZAN HARUN
10 OKTOBER 2022


Kemaskini terakhir pada: 11 Oktober 2022 | Hits: 1863

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my