![]() PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
KENYATAAN MEDIA
JAWATANKUASA PILIHAN KHAS HAK ASASI MANUSIA, PILIHAN RAYA DAN REFORMASI INSTITUSI, PARLIMEN KE-15
Aktiviti Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Parlimen Ke-15 tahun 2024
Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen Kelimabelas merupakan Jawatankuasa yang ditubuhkan melalui usul Menteri di Dewan Rakyat dan terdiri daripada 9 Ahli Dewan Rakyat iaitu 6 Ahli dari blok Kerajaan dan 3 Ahli dari blok Pembangkang. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 27 mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan.
Antara isu-isu yang dibincangkan oleh Jawatankuasa termasuk:
Jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa perbincangan bersama Mantan Peguam Negara Malaysia, Peguam-Peguam Pembelaan, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM). Sesi libat urus berkaitan usaha reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan diteruskan pada tahun 2025.
Jawatankuasa ini turut mengadakan perbincangan bagi meneliti Rang Undang-Undang (RUU) antaranya:
Di samping itu, Ahli-Ahli Jawatankuasa ini telah dilantik sebagai Pasukan Petugas Khas Kajian Empirikal Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta 2 Ahli Jawatankuasa ini turut terlibat dalam Lawatan Kerja berhubung cadangan Akta Kebebasan Maklumat di Malaysia anjuran BHEUU, JPM.
Beberapa sesi perjumpaan telah diadakan bersama Jawatankuasa ini antaranya:
Commonwealth Parliamentary Association (CPA);
Pada 26 Mac 2024, Jawatankuasa ini juga telah membentangkan penyata kedua berkenaan Undang-Undang Imigran Larangan dan Prosedur Pengendalian Notis Penolakan Masuk (not to land).
Pada tahun 2023 yang lalu, Jawatankuasa telah mengetengahkan isu kondisi penjara-penjara di Malaysia yang melibatkan reformasi penjara. Pada tahun ini, Jawatankuasa telah memutuskan untuk meneliti isu kondisi depot tahanan imigresen di Malaysia dan layanan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) menurut undang-undang sedia ada. Jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan kementerian, jabatan, agensi Kerajaan serta organisasi dan pertubuhan bukan Kerajaan seperti berikut:
Di samping itu, satu lawatan kerja telah diadakan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan dan Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah pada 26 dan 27 September 2024 yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kondisi depot imigresen dan layanan terhadap PATI khususnya kes kematian dalam tahanan dan penderaan ( jika ada).
Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Parlimen Ke-15 berkenaan Kondisi Depot Tahanan Imigresen di Malaysia dan Layanan Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Menurut Undang-Undang Sedia Ada (DR.42/2024)
Pada 12 Disember 2024, Jawatankuasa ini telah membentangkan Penyata berkenaan Kondisi Depot Tahanan Imigresen di Malaysia dan Layanan Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Menurut Undang-Undang Sedia Ada. Penyata ini boleh diakses melalui laman web Parlimen Malaysia.
Penyata ini merupakan permulaan kepada kajian dan penelitian Jawatankuasa berkenaan kondisi di depot tahanan dan layanan ke atas PATI. Jawatankuasa memandang serius terhadap insiden-insiden yang dilaporkan dalam laporan oleh HRW namun metodologi yang digunakan adalah tidak tepat kerana tiada semakan dengan Kementerian yang terlibat. Jawatankuasa
meminta HRW mengemukakan bukti yang terperinci berkenaan insiden- insiden yang telah dilaporkan.
Walaupun Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, namun layanan yang diberikan terhadap tahanan adalah lebih baik berbanding negara luar yang lain. Sebanyak RM122 juta diperuntukkan bagi pengurusan depot imigresen serta Baitul Mahabbah dan RM209 juta bagi menaiktaraf depot imigresen pada tahun ini. Melalui lawatan kerja yang telah dijalankan, kondisi di depot imigresen adalah dalam keadaan baik.
Antara faktor keberadaan tahanan yang melebihi 24 bulan di depot imigresen adalah disebabkan;
Syor-syor Jawatankuasa antaranya ialah :
Pelarian etnik Rohingya perlu dibantu atas dasar kemanusiaan. Kepengerusian ASEAN 2025 dapat menjadi asas bagi Malaysia untuk mengetengahkan isu pelarian terutamanya etnik Rohingya dalam mencari solusi agar tidak terus dibelenggu masalah kebanjiran pelarian dari Myanmar yang memberi kesan jangka panjang.
Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa, wakil Ex-officio dari Jabatan Peguam Negara, BHEUU JPM, SUHAKAM dan SPR serta pihak-pihak yang terlibat yang telah memberikan kerjasama dengan mengemukakan pandangan serta cadangan sepanjang pelaksanaan mesyuarat.
Jawatankuasa akan terus komited dalam memainkan peranan sebagai mekanisma semak dan imbang kepada Eksekutif bagi meneliti perkara- perkara di bawah bidangkuasa Jawatankuasa ini meliputi hak asasi manusia, pilihan raya dan reformasi institusi.
Sekian, terima kasih
Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen Ke-15.
13 Disember 2024
Parlimen Malaysia Kuala Lumpur
Kemaskini terakhir pada: 16 Disember 2024 | Hits: 5135
www.parlimen.gov.my