KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENERIMA MENGHADAP PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KONGRES RAKYAT KEBANGSAAN (NPC) CHINA KE-14
control 1control 2control 3
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Tuan Yang Terutama Zhao Leji di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir pada sesi menghadap yang berlangsung selama 30 minit bermula pada jam 3.00 petang itu, Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Dato’ Johari Abdul dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Negeri Dato’ Norman Muhamad.

Manakala anggota delegasi China yang turut hadir termasuk Naib Menteri Luar China Deng Li, Setiausaha Agung Jawatankuasa Tetap NPC Liu Qi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi NPC Zhong Shan dan Duta Besar China ke Malaysia Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing.

Tuan Yang Terutama Zhao Leji kini berada di Malaysia sempena lawatan kerja tiga hari sehingga esok (20 Mei 2023). 

Malaysia adalah persinggahan terakhir beliau dalam lawatan tiga negara selepas Morroco dan Senegal.

Turut hadir bersama ialah YB Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Senator Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Luar Negeri.

Majlis Ramah Mesra dan Taklimat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Rakyat bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.

sumber & foto oleh Istana Negara

Parlimen Malaysia
19 Mei 2023
 

Kemaskini terakhir pada: 24 Mei 2023 | Hits: 759

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.049 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my