Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan.

Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.

Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat.

Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.
 

Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen Keempat Belas

Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 78(1)

  Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua

Ahli
1 Yang Berhormat Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh
Ahli Parlimen Sri Gading / Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
2 Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Ahli Parlimen Segambut / Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
3 Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Sungai Buloh / Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
4 Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru / Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
5 Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said
Ahli Parlimen Kuala Krau
6 Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Kemaskini Terakhir pada: 18 November 2019 | Hits: 26502

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 30/03/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my