Jawatankuasa Pemilih dilantik pada awal tiap-tiap penggal Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.

Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan empat orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa Pemilih ini hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.
 

Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara Majlis Parlimen Kelima Belas adalah terdiri daripada:
 
1) Kosong
    Yang di-Pertua Dewan Negara - (Pengerusi)
2) YB Senator Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair
3) YB Senator Tan Sri Hj. Mohamad Fatmi Hj. Che Salleh
4) YB Senator Dato' Dr. Ahmad Azam Hamzah
5) YB Senator Puan Susan Chemerai Anding


 
 

Kemaskini terakhir pada: 29 Januari 2024 | Hits: 46580

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.026 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my