Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.
Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.
Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua jika berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, perkara tersebut bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu.
Jawatankuasa ini boleh memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat serta boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen Keempat Belas
Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 80(1)
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua |
1 | Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Alamin Ahli Parlimen Kimanis |
---|---|
2 | Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh Ahli Parlimen Sabak Bernam |
3 | Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong Ahli Parlimen Hulu Rajang |
4 | Yang Berhormat Dr. Haji Nik Muhamad Zawawi bin Haji Salleh Ahli Parlimen Pasir Puteh |
5 | Yang Berhormat Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Haji Mohd Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya |
6 | Yang Berhormat Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor |
Kemaskini terakhir pada: 18 Oktober 2021 | Hits: 41497