Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.
Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.
Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua jika berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, perkara tersebut bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu.
Jawatankuasa ini boleh memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat serta boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen Kelima Belas
Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 80(1)
Yang Berhormat Tan Sri Dato' Johari bin Abdul Yang di-Pertua Dewan Rakyat |
Yang Berusaha Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin Setiausaha Dewan Rakyat / Jawatankuasa Hak & Kebebasan |
1 | Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong |
---|---|
2 | Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor |
3 | Yang Berhormat Dato Henry Sum Agong Ahli Parlimen Lawas |
4 | Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Ahli Parlimen Muar |
5 | Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin Ahli Parlimen Putrajaya |
6 | Yang Berhormat Datuk Idris bin Ahmad Ahli Parlimen Bagan Serai |
Kemaskini terakhir pada: 22 Ogos 2023 | Hits: 45121