Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.
Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata. Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen Keempat belas:
Pengerusi
Yang Berhormat Tan Sri Azhar Azizan Harun Yang di-Pertua Dewan Rakyat |
1 | Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali Ahli Parlimen Gombak / Merangkap Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri |
---|---|
2 | Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof Ahli Parlimen Petra Jaya / Menteri Kanan Kerja Raya |
3 | Yang Berhormat Dato' Seri Dr, Ahmad Zahid bin Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datuk |
4 | Yang Berhormat Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang Ahli Parlimen Marang |
5 | Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim Ahli Parlimen Port Dickson / Ketua Pembangkang |
6 | Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng Ahli Parlimen Bagan |
Kemaskini terakhir pada: 20 Julai 2022 | Hits: 49856