Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan empat orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap penggal Parlimen dengan seberapa segera.

Jawatankuasa ini berfungsi untuk memberi nasihat kepada Tuan Yang di-Pertua bagi perkara yang berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis.

Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa oleh Majlis untuk berbuat demikian.

Setiap minit mesyuarat Jawatankuasa Dewan akan dihantar kepada semua ahli Majlis.

Jawatankuasa ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Jawatankuasa Dewan, Majlis Dewan Rakyat.
 

Jawatankuasa Dewan - Dewan Negara Majlis Parlimen Kelima Belas adalah terdiri daripada:
 
1) Kosong
  Yang di-Pertua Dewan Negara - (Pengerusi)
2) YB Senator Dato' Haji Husain bin Awang
3) YB Senator Datuk Noraini binti Idris
4) YB Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman
5) YB Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan 
 


 
 

Kemaskini terakhir pada: 29 Januari 2024 | Hits: 47405

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.027 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my