ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KEENAM PARLIMEN KETIGA BELAS
control 1control 2control 3


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13.


PARLIMEN MALAYSIA, 5 Mac Telah berlangsung Istiadat Pembukaan Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas di Parlimen Malaysia pada 5 Mac. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Persidangan ini adalah kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
 

Antara perkara-perkara yang dititah:

  1. Baginda bersyukur walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, namun kerajaan kekal fokus serta komited melaksanakan dasar transformasi fiskal serta pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara berhemat.
  2. Baginda mengalu-alukan langkah kerajaan yang berterusan menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat melalui pelbagai inisiatif terutamanya berhubung kos sara hidup.
  3. Baginda yakin projek-projek infrastuktur pengangkutan awam yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan akan turut memberi limpahan ekonomi kepada rakyat.

Kemaskini terakhir pada: 22 Mac 2018 | Hits: 10298

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my