HARI TERBUKA PARLIMEN MALAYSIA PADA 6-7 MEI 2023
control 1control 2control 3

HARI TERBUKA PARLIMEN MALAYSIA PADA 6-7 MEI 2023

 

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Hari Terbuka Parlimen Malaysia yang dianjurkan secara besar-besaran pada tahun ini dengan bertemakan “Merakyatkan Parlimen, Warisan Negara”. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara yang juga disaksikan bersama oleh Yang Berhormat Dato’ Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

 

Selain ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, tayangan video khas juga dipaparkan sebagai penyeri majlis perasmian tersebut. Parlimen Malaysia juga melancarkan sebuah buku bertajuk “Parliament of Malaysia: Pillar of the Nation’s Democracy” yang dihasilkan oleh kerjasama Pegawai Penyelidik dan Penterjemah Parlimen Malaysia.

 

Seiringan dengan tema Hari Terbuka, persembahan pembukaan dengan berunsurkan elemen warisan dari pelbagai bangsa mahupun etnik yang dikenali “Penchak Dirgahayu” turut diserikan dan dijayakan oleh kumpulan kesenian dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

 

Majlis perasmian telah dihadiri oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Ahli-ahli Parlimen, Duta atau Perwakilan Asing, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan para pengunjung. Tambahan lagi, majlis perasmian ini juga telah ditonton secara langsung di saluran YouTube Parlimen Malaysia.

 

Hari Terbuka Parlimen Malaysia turut menyediakan sebanyak 48 pempamer dari pelbagai Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Kedutaan Austria dan Kedutaan Palestin dan serta Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia.

 

Bahagian Komunikasi

Parlimen Malaysia


Kemaskini terakhir pada: 24 Mei 2023 | Hits: 1058

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my