HARI HUTAN ANTARABANGSA 2023 – PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
Bersempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi telah menyempurnakan acara menanam Pokok Cempaka Hutan (Gardenia Carinata) di Taman Herba, Parlimen Malaysia pada awal pagi hari ini.

Tema sambutan pada tahun ini ialah “Hutan dan Kesihatan” dipilih sebagai bertepatan dengan kehendak dan aspirasi rakyat terhadap peranan hutan serta kepentingan. Sambutan yang disambut di seluruh dunia pada 21 Mac setiap tahun bagi meraikan dan meningkatkan kesedaran semua pihak tentang kepentingan semua jenis hutan.

Turut menyaksikan aktiviti penanaman pokok ialah YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Johari Abdul, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Dato’ Indera Mohd Ridza Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.

@jpsmofficial 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia |Foto:  Ahmad Aiman | Teks: Fitrinie | Nurin

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
22 Mac 2023

Kemaskini terakhir pada: 24 Mac 2023 | Hits: 2312

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my