DUA ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 16 November – YB Senator Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff dan YB Senator Datuk Mohan a/l Thangarasu telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun pertama berkuatkuasa hari ini sehingga 15 November 2020.


Majlis angkat sumpah ini telah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran dan disaksikan oleh Setiausaha Dewan Negara, YBhg Encik Riduan bin Rahmat.
 


YB Senator Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 

YB Senator Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff merupakan seorang Ahli Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan memiliki kelulusan akademik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) (BBA Hons) pada tahun 2004 hingga 2007.


Beliau turut aktif dalam bidang politik dan aktiviti sosial antaranya adalah :-

  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Kedah : 2013 hingga kini
  • Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia : 2009 hingga 2013
  • Ahli Lembaga Penasihat Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA MALAYSIA) : 2015 hingga kini
  • Penaung Koperasi Pengangkutan Awam Kuala Muda Berhad : 2015 hingga kini
 

YB Senator Datuk Mohan a/l Thangarasu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 

YB Senator Datuk Mohan a/l Thangarasu kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan P.E.S Group of Companies dan beliau sangat aktif dalam bidang politik serta aktiviti sosial.

 

Antara jawatan yang disandang oleh beliau adalah Naib Presiden Parti MIC bermula tahun 2015 hingga kini, Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan pada tahun 2009 hingga 2013, Penaung Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Rita, Klang, Selangor pada tahun 2017 serta Pengerusi Yayasan Sukan dan Kebudayaan India Malaysia  (MISCF) pada tahun 2012.


Kedua-dua Ahli Dewan Negara ini merupakan ahli lantikan baharu dan telah dipilih oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV.


Kemaskini terakhir pada: 22 November 2017 | Hits: 10068

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my