DEWAN RAKYAT DITANGGUH SELEPAS 36 HARI BERSIDANG
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 5 Dis -- Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen Ke-14, ditangguhkan selepas 36 hari bersidang sejak 7 Okt lepas.

Antara Rang Undang-undang (RUU) yang menjadi perhatian pada persidangan kali ini ialah RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2019 berkaitan perjawatan Perdana Menteri yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Melalui pindaan yang dicadangkan ini, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri jika pernah memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh dua penggal Parlimen.

Selain itu, persidangan kali ini juga mencipta sejarah tersendiri apabila menyaksikan pembentangan Kertas Putih Pertahanan Malaysia bertajuk ‘Selamat, Berdaulat dan Makmur' di Dewan Rakyat yang julung kali dibentangkan kepada umum.

Antara lain ia menggariskan peranan utama dan sekunder Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain membabitkan lapan mesej utama bagi memperbaharui Dasar Pertahanan Negara (DPN), agar strategi dan keupayaannya seiring dan relevan dengan perubahan persekitaran keselamatan global.

RUU lain yang turut diluluskan termasuk RUU Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020), RUU Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran) 2019, RUU Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 2019 dan RUU Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019.

Sebelum menangguhkan persidangan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mewakili Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Datuk Rashid Hasnon, merakamkan setinggi terima kasih kepada semua ahli Parlimen yang telah memberi kerjasama semasa persidangan.

“Segala pengalaman pahit manis sepanjang masa, menjalankan amanah, tanggungjwab adalah semata-mata untuk memastikan keadilan dan roh demokrasi terus dijunjung.

“Semoga semua usaha yang dicurahkan ini menjadi aspirasi dan harapan ke arah memacu Malaysia baharu dan bersatu yang pastinya akan jadi warisan kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, pegawai Parlimen Malaysia, media serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengendalikan mesyuarat selama sembilan minggu itu.

Nga dalam masa sama juga mengucapkan Selamat Hari Natal kepada rakyat Malaysia yang akan menyambutnya pada 25 Dis ini, selain Selamat Tahun Baharu 2020, Selamat Tahun Baharu Cina (25 Jan 2020) dan Hari Thaipusam 8 Feb 2020.

Persidangan dewan ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. -- BERNAMA


Kemaskini terakhir pada: 6 Disember 2019 | Hits: 4854

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my