BANGUNAN BAHARU PARLIMEN MULA BEROPERASI MAC INI
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 15 Jan -- Bangunan Parlimen Fasa 3B yang dinaik taraf dan dibaik pulih sejak 2015 akan mula beroperasi pada Mac ini.

Bangunan itu menempatkan ruang pejabat, perpustakaan, gimnasium, bilik sauna, bilik bincang, bilik mesyuarat, kafeteria dan surau.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata kemudahan itu diharap dapat mengoptimumkan prestasi kerja petugas, selain meningkatkan tahap kehadiran ahli Parlimen untuk mengikuti sesi persidangan Dewan Rakyat serta kualiti perbahasan.

“Harapan kita dengan wujudnya ruang disediakan ini, ramai Yang Berhormat ada di Parlimen dengan lebih kerap dan sepenuh masa konsisten mengikuti persidangan.

“Kalau mereka nak lakukan riadah selepas hadiri persidangan, banyak tempat disediakan seperti gelanggang tenis, badminton malah bilik sauna juga disediakan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan projek berkenaan di sini, hari ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Ir. Kamaluddin Abdul Rashid dan Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamis Samin.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Mohamad Ariff berkata Fasa 2C yang merupakan fasa terakhir dalam cadangan pelaksanaan kerja baik pulih dan naik taraf akan ditender tidak lama lagi.

Katanya, ia melibatkan Blok Menara, pembinaan balai pelawat, tempat letak kereta bertingkat, laluan berbumbung dan galeri awam.

“Dengan siapnya fasa terakhir nanti, jangka hayat bangunan dapat ditingkatkan lagi untuk tempoh 50 tahun akan datang, di samping memulihara ciri-ciri bangunan warisan kebangsaan sekali gus identiti dan imej Parlimen dapat dipertingkatkan,” katanya.  -- BERNAMA


Kemaskini Terakhir pada: 16 Januari 2020 | Hits: 601

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 21/02/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my