CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
 
      


 
  FUNGSI BAHAGIAN
  • Menjalankan fungsi pengurusan Persidangan Dewan Rakyat dengan mengeluarkan notis-notis mesyuarat kepada Ahli-Ahli Dewan dan Agensi Kerajaan; menyediakan Kertas Aturan Urusan Mesyuarat, memproses dan mengedit pertanyaan jawab lisan dan bertulis dan menyediakan minit mesyuarat (Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat).
  • Mengurus pembentangan Usul-Usul Kerajaan, Usul Persendirian dan Ucapan Penangguhan.
  • Menguruskan pembentangan Rang Undang-Undang mendapatkan perkenan Diraja dan memaklumkan kepada Peguam Negara untuk digazet.
  • Menguruskan pembentangan Risalat-risalat Dewan seperti kertas Perintah, Statut dan urusan mewartakannya.
  • Menguruskan penyediaan Penyata Rasmi Persidangan Dewan Rakyat.
  • Mengendalikan urusan terjemahan serentak semasa Persidangan Dewan.
  • Menguruskan urusan kerja-kerja Bentara semasa Persidangan Dewan.
  • Urus Setia Mesyuarat Majlis Istiadat Perasmian Persidangan Parlimen, Mesyuarat Pra-Persidangan Parlimen bersama-sama Agensi-Agensi Kerajaan, Persidangan Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia. Jawatankuasa yang dibentuk oleh Dewan iaitu Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Dewan bagi Dewan Rakyat, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat. 
  • Menjalankan penyelidikan dan perbandingan prosiding Dewan Rakyat dan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan yang ditubuhkan berdasarkan amalan dan konvensyen Parlimen luar negara. 
  • Menyediakan Laporan Jawatankuasa dan menyelaraskan pembentangan Laporan di Dewan Rakyat.
  • Mengendalikan bank data soalan-soalan lisan, soalan-soalan bertulis, Usul-usul daripada Ahli-ahli Dewan, jawapan-jawapan Kementerian, pembentangan Rang Undang-undang dan Laporan Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Pilihan Khas.
  • Menerbit Laporan Prosiding Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan dan Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas.
  • Menyelaras penterjemahan berturutan semasa lawatan tetamu asing dan urusan-urusan rasmi Parlimen.
  • Memastikan setiap pelawat dan tetamu sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa lawatan dan kunjungan hormat.
  • Memastikan keselamatan mesyuarat semasa Persidangan Dewan dan semasa Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa.

Kemaskini terakhir pada: 13 April 2023 | Hits: 42798

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.024 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my