DATUK KADZIM DILANTIK SEMULA SEBAGAI SENATOR UNTUK PENGGAL KE-2
control 1control 2control 3
Isnin, 29 Disember 2014 – Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah, YB Senator Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara pada jam 10 pagi tadi.
 

Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, mengangkat sumpah sebagai Senator bagi lantikan kali kedua oleh Dewan Undangan Negeri Sabah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau dilantik sebagai Senator atas tiket Dewan Undangan Negeri Sabah untuk penggal kedua.

YB Senator Datuk Haji Kadzim merupakan pemegang Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian, dari Thames Valley University, United Kingdom pada tahun 1985 dan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara. Selain itu, beliau turut pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi, Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah.

Kadzim, 55, akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini setelah tempoh penggal pertamanya tamat pada 22 Dis lepas. Beliau pernah berkhidmat di sektor awam sebagai Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Tadbir di Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) selain anggota Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah.

Turut hadir ketika majlis angkat sumpah ialah YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Setiausaha Dewan Negara dan pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia.

Kemaskini terakhir pada: 29 Disember 2014 | Hits: 12085

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my