DATO' ADAM ABDUL HAMID ANGKAT SUMPAH JAWATAN SENATOR
control 1control 2control 3
Bekas anggota Exco kerajaan negeri Johor Dato' Adam Abdul Hamid telah mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang. 
 

YB Senator Dato' Adam Abdul Hamid

Beliau yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Tenggara, dilantik buat pertama kali untuk tempoh 3 tahun berkuat kuasa semalam. Pelantikannya telah diusulkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 Khamis lepas dan dipersetujui oleh semua anggota dewan. Dato' Adam telah aktif berpolitik sejak dilantik Exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat pada 1974 dan jawatan terakhir dalam Umno ialah Ketua Umno Bahagian Kulai. Bekas ketua pemberita Utusan Melayu ini juga pernah dilantik Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


Kemaskini terakhir pada: 27 Februari 2014 | Hits: 12793

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my