AMANAT TAHUN 2021 YBRS PUAN NOR YAHATI BINTI AWANG KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
 
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wata’ala kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya kita diberi kesihatan dan kelapangan dalam kehidupan seharian.
 
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua warga Parlimen Malaysia. Semoga tahun baru ini akan memberikan keazaman baharu kepada warga melipatgandakan usaha dan memastikan Parlimen Malaysia terus cemerlang.
 
Semua sedia maklum bahawa negara kita diuji dengan krisis pandemik COVID-19 bermula pada tahun 2020 dan sehingga kini negara kita serta seluruh dunia masih berusaha untuk menanganinya. Pandemik ini telah mengubah norma kehidupan seharian kita dan menjejaskan kesejahteraan rakyat dari pelbagai aspek. Perkhidmatan Sektor Awam amnya dan Parlimen Malaysia khususnya juga mengalami perubahan dan penyesuaian baharu bagi memastikan perkhidmatan terus diberikan kepada rakyat. Perubahan ini menjadikan Parlimen Malaysia lebih berdaya saing dan membuktikan bahawa kita sentiasa memberikan yang terbaik kepada pemegang taruh dalam apa jua situasi dan cabaran. Saya mengucapkan tahniah kepada Warga Parlimen diatas usaha yang berterusan bagi mengekalkan kecemerlangan.
 
Cabaran bagi tahun 2021 juga dijangkakan tidak kurang hebatnya. Kerajaan telah dan akan terus menyusun formula terbaik bagi memastikan pembangunan ekonomi negara terkawal dan terus berkembang. Untuk itu, Parlimen Malaysia akan sentiasa memberikan yang terbaik selari dengan fungsi Parlimen sebagai badan perundangan terunggul negara. Adalah diharapkan semua warga juga menerapkan tekad yang sama untuk terus memberikan yang terbaik bagi memastikan negara tercinta ini akan terus makmur.
 
Akhir kata, marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mempertingkatkan produktiviti, memberi perkhidmatan yang berkualiti serta mengukuhkan imej Parlimen Malaysia di persada antarabangsa. Semoga Parlimen Malaysia akan terus cemerlang dan menempa pelbagai kejayaan di tahun 2021 ini.
 
Sekian.
 
PUAN NOR YAHATI BINTI AWANG
KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
 
TARIKH: 5 FEBRUARI 2021

Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2728

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my