AGONG, RAJA PERMAISURI HADIRI MAJLIS SANTAPAN MALAM MENJUNJUNG KASIH
control 1control 2control 3
KUALA LUMPUR, 24 November – Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong malam ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Hotel Majestic, di sini.


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Hajah Haminah, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan bergambar pada Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Turut berangkat, Tuanku Hajah Haminah, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan bertitah di Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Turut kelihatan, YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Dalam titah baginda, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengucapkan tahniah kepada Parlimen Malaysia khususnya YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia yang telah mencetuskan idea dan inisiatif sehingga Transformasi Parlimen berjaya dilaksana.

"Beta juga menyokong setiap perkara yang difikir membawa kebaikan kepada Institusi Parlimen seperti cadangan untuk mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang lebih relevan dengan keperluan semasa dan lebih berprinsipkan kepada pengasingan kuasa yang sebenar," titah baginda lagi.
 

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Hajah Haminah, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menerima cenderakenangan di Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Turut mengiringi baginda berdua, YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang bakal menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pada 12 Disember ini akan digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Baginda telah mencatat sejarah setelah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua pada 2012 selepas ditabalkan buat pertama kali pada 1970.

Kemaskini terakhir pada: 14 Disember 2016 | Hits: 20708

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my