YB Senator Puan Raj Munni binti Sabu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

 

PARLIMEN MALAYSIA –Seramai 12 orang Ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara pada 27 Ogos lepas bertempat di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen Malaysia.


Lapan daripada Senator ini merupakan lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong. Tempoh perkhidmatan adalah selama tiga tahun bermula 27 Ogos 2018 hingga 26 Ogos 2021.

Lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong adalah :


YB Senator Tuan Md Nasir bin Hashim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 


 

YB Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 



YB Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara



YB Senator Datuk Theodore Douglas Lind mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara



YB Senator Tuan Monalan bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara



YB Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad ─░mran bin Abd Hamid (Bersara) mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara



YB Senator Datuk Razali bin Idris mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

 

Empat daripada Senator ini pula merupakan lantikan baharu yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Perak dan Pulau Pinang. Bagi pilihan Dewan Undangan Negeri Perak, tempoh lantikan beliau adalah bermula 13 Ogos 2018 hingga 12 Ogos 2021. Manakala bagi pilihan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pula tempoh lantikan bermula 27 Ogos 2018 hingga 26 Ogos 2021.

Lantikan baharu dipilih oleh Dewan Undangan Negeri adalah :

 

YB Senator Tuan Nga Hock Cheh mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara



YB Senator Tuan Ismail bin Yusop mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

YB Senator Puan Lim Hui Ying mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

YB Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

 

Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia