10th ASEAN Inter-Parliamentary Assembly Caucus Meeting
control 1control 2control 3
 
 


YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat merasmikan
10th AIPA Caucus Meeting

 

PARLIMEN MALAYSIA, 17 Jun - YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah merasmikan 10th ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Caucus Meeting bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.

 

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh kesemua negara ASEAN kecuali Indonesia. Sebagai penganjur bagi mesyuarat kali ini, Parlimen Malaysia turut menghantar 15 orang Ahli Parlimen yang terdiri daripada:-

  • YB Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong (Pengerusi 10th AIPA Caucus Meeting)

  • YB Tuan Charles Anthony Santiago, Ahli Parlimen Klang (Ketua Delegasi)

  • YB Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas

  • YB Tuan Wong Chen, Ahli Parlimen Subang

  • YB Puan Kasthuriraani A/P Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan

  • YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru

  • YB Datin Mastura binti Mohd Yazid, Ahli Parlimen Kuala Kangsar

  • YB Tuan Haji Awang bin Hashim, Ahli Parlimen Pendang

  • YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa

  • YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Ahli Parlimen Pensiangan

  • YB Puan Maria Chin binti Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya

  • YB Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun, Ahli Dewan Negara

  • YB Senator Tuan Manolan bin Mohamad, Ahli Dewan Negara

  • YB Senator Puan Lim Hui Ying, Ahli Dewan Negara

 
 

YB Tuan Charles Anthony Santiago, Ahli Parlimen Klang merangkap Ketua Delegasi Parlimen Malaysia menandatangani 10th AIPA Caucus Report
 

Secara umumnya, AIPA Caucus merupakan mekanisme untuk membincangkan, membangunkan dan mengharmonikan undang-undang di kalangan negara-negara ASEAN. Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi salah satu platform ahli parlimen negara-negara ASEAN untuk berinteraksi serta membincangkan sejauh mana resolusi-resolusi yang telah diluluskan oleh Persidangan Agung Tahunan AIPA.

 

Tiga topik penting yang telah dibincangkan menerusi mesyuarat kali ini adalah:

  • The Rise of Terrorism, Extremism and Radicalisation: A Parliamentary Perspective

  • Enhancing Cooperation on Climate Action in ASEAN

  • Interventions to Protect Children from Sexual Exploitation in Travel and Tourism (SECTT)

​​


Kemaskini terakhir pada: 4 Disember 2019 | Hits: 12586

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my